Wednesday, September 16, 2009

Frederic Kanoute






Beberapa minggu lepas aku ada kongsikan sedikit maklumat dalam usrah. Aku ada cerita pasal Frederic Kanoute, seorang pemain bola sepak yang muslim. Ada seorang sahabat berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai Kanoute. Jadi aku dedikasikan 'entry' kali ini untuk sahabat.

1. Kanoute telah didenda 3000 euro oleh Persatuan Bola Sepak Sepanyol kerana telah menunjukkan baju t yang bertulis Palestine selepas menjaringkan gol.

2. Bulan Ramadhan tahun ni Kanoute tetap berpuasa walaupun menghadapi perlawanan bola sepak.

3. Kanoute telah membeli sebuah masjid berharga lebih AS$700,000( kira-kira RM 2.3 juta ). Masjid yang terletak di kota Seville, Sepanyol itu hampir dilelong setelah kontrak untuk menggunakan premis itu oleh masyarakat Islam di situ telah tamat. Kira-kira setahun gaji beliau.

4. Kanoute dilihat sering bersembahyang walaupun di bilik persalinan sebelum atau selepas sebuah perlawanan

5. Beberapa tahun lepas Kanoute melakukan kontroversi dengan enggan memakai jersi pasukan FC Sevilla yang ditaja oleh syarikat perjudian. Sebagai balasan, beliau sanggup memakai jersi tersebut dengan syarat kelabnya menyalurkan wang kepada Pertubuhan Amal Islam.

6. Memeluk Islam 10 tahun yang lalu.


4 comments:

  1. Bukan semua org betul2 dpt time Islam sbg 1 cara hidup.. Mabruk Kanoute !!!

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...
    hanya segelintir yg mnjadikn islam sbg cara hdp..
    islam sbg jalan jihad..
    islam pengubat jiwa yg resah...
    penawar duka pelita kegelapan...

    ReplyDelete
  3. pmain bola sepak msia harus cntohi Kanoute,tnjuk kn peribadi muslim yg sjati

    ReplyDelete
  4. Sama2 la kita berdoa Lebai.. Doakan untuk pemimpin mereka jgk.

    ReplyDelete


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)