Sunday, April 3, 2011

Ahmad Akhtar Mujahid

Alhamdulillah. Pada 20 Mac 2011 yang lepas zaujah aku telah selamat melahirkan mujahid sulung kami. di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kami namakan dia Ahmad Akhtar Mujahid, dengan harapan doa kami dimakbulkan Allah supaya suatu hari nanti dia akan terpilih sebagai seorang pejuang Agama Allah. Kami juga doakan agar suatu hari nanti dia akan doakan kami ketika kami perlukan doa seorang anak yang soleh.

Sekarang menjadi tugas dan tanggungjawab kami untuk mencorakkan kain putih ini. Peralihan fasa dalam hidup aku boleh aku katakan agak cepat. Bermula sebagai seorang anak dan bujang, aku mendirikan rumahtangga pada tahun 2010. Tahun ini, 2011, Allah kurniakan aku cahayamata sebagai amanah dan tanggungjawab.

Adakah dengan bertambahnya amanah dan tanggungjawab ini aku terus maju atau aku keciciran?

Doakan aku dapat memikul amanah dan tanggungjawab yang semakin bertambah ini.

No comments:

Post a Comment


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)