Monday, August 16, 2010

Sepinggan Nasi Kerabu, Segelas Cincau, Sepiring Pisang Sira, Seteko Ukhwah dan Sedulang Tarbiyyah...

Sabtu pagi. Jam 10.00 pagi, selesai rehat pagi, aku dan zaujah ke pekan Masjid Tanah. 

Pertama kami ke Family Store. Kami beli beras cap rambutan, kubis, timun batang, daun kunyit, tepung celup serbaguna, budu, tepung pulut, kacang panjang dan taugeh. Kemudian kami ke pasar Masjid Tanah. Kami beli pisang dua sikat, cincau 2, santan, kelapa parut, dan cili. Kemudian kami ke Pasar Kuala Sungai Baru. Kami beli ikan kembong besar 3 kilo, ikan kembong kecil 1.2 kilo, serai dan ulam2.

Balik rumah, aku siang ikan kembong tadi. Bila siap siang, zaujah aku rebuskan ikan tersebut. Bila masak, aku asingkan isi ikan. Sebahagian ikan digoreng celup tepung.

Kemudian zaujah aku siapakan sambal kelapa ikan. Selepas itu zaujah aku masak sambal tumis. Kemudian zaujah aku masak nasi. Pastu zaujah aku masakkan air budu (budu+bawang+cili+gula melaka). Zaujah aku siapkan juga air lada. Aku tolong potongkan ulam2 untuk dijadikan kerabu..kubis+kacang panjang+daun kunyit+timun batang+taugeh.

Dah siap pun nasi kerabu.

Kemudian aku kupas pisang dan belah dua. Pastu zaujah aku masakkan Pisang Sira. Warnanya kekuningan dan rasanya manis.

Siap Pisang sira.

Pastu aku potong kepingan cincau yang dibeli tadi untuk dijadikan minuman cincau.

Cincau+soya=memang best.

Hampir maghrib sahabat2, adik2 dan anak2 tiba untuk iftar bersama2. Hidangan siap sedia untuk dinikmati. Hampir dengan waktu berbuka, aku dimaklumkan ada satu kereta yang dalam perjalanan ke rumah aku mengalami masalah. Enjin tiba2 berasap.

Lepas berbuka dan solat maghrib, aku bersama seorang sahabat bergerak ke tempat kereta rosak. Perjalanan hampir 40 minit. Kereta tersadai di pinggir jalan. Bonet didepan terbuka. Ketika itu ada beberapa orang menghulurkan bantuan. Rupanya enjin kereta kepanasan. Air telah kering. Ada seorang brader dekat kedai makan menghulurkan bantuan. Dia isi air dalam tangki. Isi punya isi, tangki tak penuh2, dalam kegelapan malam, dia bagitau hos bocor. 

Aku yang baru tiba cuba meninjau apa yang boleh ditolong. Aku cari tempat air macam biasa. Tak jumpa. Aku tengok kereta...rupanya Renault. Patutlah design enjin amat berbeza. Hos air terbelah akibat kepanansan melampau.

Akhirnya, seorang sahabat mencadangkan kami merayau mencari bengkel. Aku tengok henset dan hampir 9 malam. Kebiasaannya tiada lagi bengkel yang buka. Pusing punya pusing, akhirnya kami terjumpa satu bengkel kereta. Pomen tersebut bersedia untuk ke tempat kereta rosak.

Hos tadi dibawa balik ke bengkel, dipanaskan, kemudian disapu gam dan dibalut. Hos tadi dipasang dan air diisi. Alhamdulillah tiada lagi kebocoran dan kereta tersebut sampai ke rumah aku dalam jam 12 tengah malam.

Alhamdulillah malam itu kami menikmati sepinggan nasi kerabu, segelas cincau, sepiring pisang sira, seteko ukhwah dan sedulang tarbiyyah.

Semuanya ketentuan dari Allah.

4 comments:

  1. hebatnya ukhwah.
    mantapnya tarbiyah.
    bagus2x..

    ReplyDelete
  2. syukran abi n k.za coz bg pluang tuk kami b'iftr kat umah..nasi kerabu sgt2 best..sedap sgt..pisang y manis 2 pun best gak..t mskkn lg ek..he3

    ReplyDelete
  3. pisang yang manis tu orang kelantan panggil "Sira Pisang"...

    ReplyDelete

Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)