Thursday, May 27, 2010

Aku Ada Modul

Aku tiba2 terlintas dalam fikiran aku untuk memodulkan kepakaran yang aku ada ni untuk manfaat ramai. Modul ini sangat banyak manfaatnya.

1. Memasak Nasi Guna Periuk Elektrik
Banyak kelebihan pandai dan rajin masak nasi guna periuk ni. Sukat beras, basuh pastu masuk dalam periuk dengan air yang sesuai. Tekan suis je. Tunggu masak. Kita nak makan nasi, kita masaklah. Takkan orang lain nak masak untuk kita.

2. Goreng Telor Mata Kerbau

Dok rumah bujang, goreng telor ni dah jadi rutin. Senang dan ringkas. Panaskan kuali, taruk minyak, pecahkan telor, pastu dah masak angkat. Makan dengan kicap taruk cili potong. Kita nak makan, kita gorengla, takkan nak tunggu orang gorengkan untuk kita.

3.  Basuh Pinggan Sendiri Lepas Makan.


Lepas makan, kita basuhlah pinggan kita sendiri, lebih2 lagi jika orang dah masakkan untuk kita, hidangkan untuk kita, takkan basuh pinggan kita sendiri pun tak boleh.

2 comments:

  1. kesimpulannya, hidup adalah projek buat sendiri.

    ReplyDelete
  2. b'tuah isteri nta dpt nta..
    the moral of the story: jgn biar isteri bsh pinggan suami..p'kara remeh pun kekdg suami failed.

    ReplyDelete

Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)