Tuesday, April 27, 2010

Rindu Kat Mas'ul

Ujian mengasak hebat. Akhir-akhir ini hati aku membuncah gelisah. Hati tak tenang. Minda juga bercelaru. Sahabat-sahabat sentiasa memberikan nasihat dan teguran.

Entah kenapa pagi ini aku tiba-tiba teringat kat Mas'ul. Kiranya mantan mas'ul aku sebab aku bukan lagi ahli jemaah kampus. Lagipun aku sekarang membantu beliau menguruskan hal-hal yang berkaitan sebab sekarang beliau sedang menyambung pelajaran ke peringkat lebiih tinggi di Lembah Kelang.

Aku cukup senang dengan mas'ul. Mungkin disebabkan sikap aku yang suka merujuk dan meminta pandangan mereka yang lebih arif dan berpengalaman. Walaupun aku jadi amir pertama untuk dua kampus, aku masih memerlukan tunjuk ajar dan bimbingan daripada orang lain. Budaya ini aku amalkan dari Sarawak lagi. Aku pernah ceritakan dalam blog ini mengenai Yusibi, Mas'ul aku semasa di Sarawak. Aku tidak berat mulut untuk bertanya. Aku tidak segan untuk berkongsi masalah. Aku sedia berkongsi suka dan duka perjuangan ini dengan mereka yang sepatutnya. 

Jika kami jumpa beliau ramai-ramai, kami bersembang di rumah je. Selalunya beliau hidangkan sate kerang. Best tau. Jika aku seorang je, kami sembang kat kedai makan bertemankan kopi o ais. Kadang-kadang sampai lewat malam. Dari hal kampus sampai isu antarabangsa. Dari hal-hal peribadi sehingga permasalahan sahabat-sahabat.

Beliau umpama ayah kepada aku. Beliau juga umpama sahabat dan teman. Beliau juga guru dan mentor.

Seperti biasa, aku ambil Nokia buruk aku, aku dail nombor beliau.

" Ustaz, bila ustaz free ye? Ana nak jumpa ustaz la."

No comments:

Post a Comment


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)