Wednesday, April 7, 2010

Pemimpin Mahasiswa Islam Tak Boleh Lurus Bendul


Jemaah kampus memiliki suasana dan keadaan yang tersendiri. Budak jemaah kampus cakap, waqi'. Mereka yang tidak melalui tarbiah kampus tak kan memahami suasana itu. Gerakan di kampus bersifat rahsia. Tak boleh sebarang-sebarang. Mesti ada teknik dan taktiknya. Keadaan di kampus menuntut pimpinan jemaah kampus memiliki kemahiran yang secukupnya untuk 'hidup'. Jika tidak jemaah kampus boleh lumpuh. Antara kemahiran yang diperlukan ialah mempunyai pandangan jauh dan kreatif dalam penyelesaian masalah.

Pandangan jauh. Selain dari visi dan misi yang selalu orang hebat-hebat selalu bincangkan, aku nak sembang level bawah je, pimpinan jemaah kampus mesti boleh membaca keadaan yang bakal berlaku. Boleh menjangka kesan terhadap sesuatu keputusan. Jika buat begini, apa kesannya, jika begitu apa kesannya. Semua kena fikir. Otak kena ligat. jalan alternatif mesti selalu ada. Plan biar ada sampai Z. Jika ada plan A dan B je belum cukup. Kena kaji risiko setiap keputusan yang bakal di ambil. Kena jangka setiap risiko dan seterusnya kena urus risiko. Orang kata kena licik macam belut. Rasanya Nabi SAW pernah sabda yang peperangan itu tipuhelah. Ai, takkan aku tak citer satu-satu tipuhelah ni? tapi kalau nak boleh je, kenalah bawa RFC satu set, lepas tu kita sembang la...

Kreatif dalam penyelesaian masalah. Ini kemahiran yang amat penting. Lebih kurang dengan ikhtiar hidup la. Letak sorang-sorang dalam hutan, berusaha sendiri untuk makan, bukannya ada orang suap. Pemimpin JIK pun sama, bila berhadapan dengan masalah, mesti kreatif dalam mencari jalan penyelesaian. Otak juga kena ligat. Macam mana nak melepaskan jemaah daripada kesusahan dan masalah. Jangan bila berhadapan dengan masalah terus buntu atau tiada alternatif penyelesaian. Berkawan biar ramai. Hidup ini kita perlukan pengalaman. Tidak rugi berkawan dengan pelbagai golongan kerana suatu hari mereka akan boleh bantu kita. Kita juga boleh gunakan cara mereka untuk setelkan masalah jemaah... Pengalaman akan memberikan pandangan yang kreatif untuk kita. Kita akan melihat satu perkara melalui 1000 kacamata. Tidak rugi, cuma kena jaga diri.

No comments:

Post a Comment


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)