Monday, April 5, 2010

Bulatan Pengaruh


Aku cukup bersetuju dengan seorang sahabat, Caliph Islam dalam blog beliau Muslim 24 Jam, yang menukilkan kata-kata seorang ustaz:

"Seorang pemimpin perlu ada bulatan pengaruh atau lebih dikenali sebagai "Circle of Influence".
Bulatan pengaruh ini terbina atas dua dasar asas : ukhuwwah dan thiqah."

Semestinya seorang pemimpin mempunyai bulatan pengaruh. Kepimpinan tidak dapat lari daripada pengaruh. Tengok sahaja pemimpin yang ada pada hari ni, pemimpin Islam ataupun bukan Islam, kesemuanya memiliki pengaruh. Sepatah ayat yang keluar dari mulutnya bagaikan arahan yang wajib ditaati oleh para pengikut. Lihat bagaimana Anwar Ibrahim menggerakkan reformasi suatu ketika dahulu. Lihat juga bagaimana pengaruh Mahathir Mohamad, hebat. Pimpinan Harakah Islam seperti TG Nik Abdul Aziz dan TG Abdul Hadi Awang sudah semestinya memiliki pengaruh yang cukup hebat.

Cuma, persoalannya bagaimana untuk bina bulatan pengaruh ini? Ukhuwah dan thiqah? Ukhuwah dan thiqah bukan sesenang perkataan itu meluncur keluar dari mulut.

Berdasarkan pengalaman aku la, ukhuwah dan thiqah ini perlu dibina dengan berhati-hati dan sabar. Bagi aku , ia lebih kepada sikap kita untuk bina dua perkara ini. Jika kita sudah punyai ilmu dan teori, itu belum cukup kerana praktikal lebih sukar dari teori.

Juga komunikasi. Sahabat tak akan faham apa yang ada dalam fikiran kita, lantas teluslah tika berbicara walaupun kebenaran itu kadangkala menyakitkan.

2 comments:

  1. sabar dan telus. ukhuwwah dan thiqah. Semoga Allah beri kita kekuatan untuk melaksanakan ini. :)

    ReplyDelete
  2. Nora, kita capai ukhwah dan thiqah yang mantap perlukan pengorbanan yang tinggi. Kadang2 kita kena ketepikan kebiasaan dan tabiat kita.

    ReplyDelete

Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)