Thursday, March 11, 2010

Kecelakaan Untuk Aku


Semalam. Selepas solat maghrib di rumah, segera aku pecut RXZ buruk aku. Lebuh AMJ tak banyak kereta. Jalannya dua lorong. Enjin RXZ aku mengaum kuat. Aku menyelit celah-celah kereta yang tak berapa laju. Aku cuba dapatkan kelajuan maksimum RXZ buruk aku. Terasa tayar bergegar. Angin kuat menampar penutup helmet. Aku tak dapat mengetahui kelajuan RXZ aku sebab meter mati. Aku rasa dalam 120-130 kot. Sebab senang-senang je aku potong kereta-kereta yang aku nampak macam laju. Sambil tu aku sempat melihat jam di henset Nokia aku. " Masa makin singkat" bisik aku sendiri. Makin laju RXZ aku pecut.

Alhamdulillah, sempat juga aku sampai pada masa yang ditetapkan. Aku bukannya apa, satu, aku memang selalu tepati masa. Haha. Kedua, sms peringatan mesyuarat ni aku dapat dua kali. Kesungguhan penghantar SMS tu buat aku menghargai masa yang ditetapkan. Itu yang aku betul-betul pecut RXZ aku.

Bila mula mesyuarat aku lepak-lepak je. Rilek-rilek sambil membaca dokumen yang disediakan. Aku bukan AJK biro tersebut. Kiranya aku dijemput untuk turut sama memberikan idea kot. Takkan dijemput untuk lepak-lepak. 

Tak sampai 5 minit mesyuarat, tiba-tiba pengerusi mesyuarat merangkap pengerusi biro memberitahu aku dilantik menganggotai biro tersebut. "Patutlah sampai 2 kali sms peringatan mesyuarat. Rupanya ada udang di sebalik mee", aku memberitahu diri aku sendiri.

"Kita juga membuat sedikit 'reshuffle' untuk biro ni dengan melantik saudara x (aku le tu) sebagai setiausaha biro." Pengerusi tu membuatkan hati aku berbelah bahagi.

Seingat aku, sejak dari sekolah rendah aku tidak pernah memegang jawatan setiausaha. Sebab aku ni malas sikit menulis. Kalau aku menulis, doktor pun angkat tangan. Tapi pernah sekali aku dilantik jadi setiausaha. Setiausaha Gamis sebuah negeri. Haru-biru dibuatnya. Bila dah habis tempoh, setiausaha baru minta dokumen-dokumen yang lepas, melilau aku mencarinya.

Sekarang aku diamanahkan jawatan setiausaha biro, dewan pemuda negeri.
Kecelakaan untuk aku di akhirat nanti jika aku main-main dengan amanah ni. Kecelakaan untuk menjawab bila disoal di akhirat nanti jika aku tak buat betul-betul. Gerun memikirnya. Kecil besar amanah bukan satu pengecualian untuk rilek-rilek.

Kecelakaan di akhirat nanti sangat-sangat tiada untungnya...

6 comments:

  1. Salam...
    Alhamdulillah,bila diberi sesuatu,maksudnya kita mampu nak buat tu,agaknya anta memang sesuai jawatan tu...

    ReplyDelete
  2. insya'Allah, buat terbaik..

    ReplyDelete
  3. hm..sebelah kaki di neraka~ Allah...

    ReplyDelete
  4. Assalamu'alaikum... mula dari jawatan S/U disebut ana dh tersenyum... saja nk berkongsi, ana sering dapat amanah sebagai S/U... dari sekolah rendah sampai sekarang... entah apa yang istimewanya tulisan 'doktor' tak bertauliah ni pun ana tak tau. Pada ana tugas S/U ni sebenarnya tak seberat tugas amir/amirah biro. kerja kita sebenarnya lebih di belakang tabir. Kalau nak diikutkan senarai tugas S/U yg ana dapat, tugas kita tak perlu berurusan dengan ramai orang. lebih banyak menulis dan menaip shj... tapi yg sering menjd masalah bila kita terpaksa membuat amanah/tanggungjawab org lain. bukan berkira kerja tapi apa akibatnya pada organisasi bila tiada aturan (flow) kerja yang betul???

    apapun, selamat menjalankan amanah! Semoga sentiasa dipermudahkan urusan dan diberikan ketabahan, kesabaran & kekuatan yang berpanjangan...

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. INSAN,
    betul tu... kita boleh juga luaskan peranan SU daripada peranan tipikal menulis dan menaip kepada menentukan kelancaran perjalanan organisasi.

    Macam kita lebih kenal Setiausaha Agung PBB daripada Pengerusinya.

    Insya Allah, doakan yang terbaik untuk perjuangan Islam

    ReplyDelete

Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)