Monday, March 29, 2010

Hujung minggu yang sibuk...

Hujung minggu lepas aku agak sibuk. 

Membantu menguruskan muktamar pemuda kawasan. Aku diminta menguruskan jemputan luar seperti DAPSY, AMK serta NGO. Aku berkejar ke sana ke mari untuk serahkan surat jemputan 'by hand' lantaran hambatan masa.

Ini kali pertama aku mengikuti muktamar pemuda kawasan. Kiranya sesuatu yang baru untuk aku. Ilmu yang baru serta pengalaman yang baru.

Aku juga diminta untuk mempengerusikan majlis perasmian muktamar sebelum muktamar diserahkan kepada pengerusi tetap. Satu latihan dan pendedahan untuk aku. Banyak juga yang aku belajar bila menjadi pengerusi majlis dalam muktamar pemuda kawasan ni. Berbeza dengan semasa mempengerusikan majlis-majlis lain.

Pertama kali juga aku memakai kemeja putih dengan sedikit warna hijau; dada sebelah kanan tertulis nama aku, dada sebelah kiri tertulis Dewan Pemuda PAS Negeri ... rasa semacam keizzahan bila mengenakan baju tu. Tapi mungkin sedikit janggal bagi orang lain bila aku memakai baju tu sambil menunggang RXZ.

Baju yang hampir sama...

No comments:

Post a Comment


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)