Wednesday, March 17, 2010

Bila saatnya tiba...


Petang semalam. 

Aku sedang online. Tiba-tiba datang seorang sahabat ke rumah dalam keadaan amat sedih. Bibirnya tidak putus dari bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Seorang sahabat lain cuba menenangkan beliau. Bila agak tenang dia menceritakan punca kesedihannya. 

Dia mendapat panggilan dari abangnya, meminta pulang segera kerana ada kematian ahli keluarga terdekat.

Sahabat yang seorang lagi segera menguruskan beberapa perkara untuk memastikan sahabat ini dapat pulang dengan segera ke rumahnya di Kuala Krai, Kelantan. Dia membuat beberapa panggilan. Pertama, memaklumkan kepada sahabat-sahabat lain. Kedua, mendapatkan kenderaan.Ketiga, menguruskan sedikit dana untuk perjalanan pulang ini. Saat ini aku lihat kuntuman ukhwah mekar mewangi.

Aku diamanahkan untuk membawa sahabat ini pulang ke rumahnya. Lagipun aku sedang cuti  dan aku mahir dengan jalan ke Kelantan. Aku membuat perkiraan awal, perjalanan ini mengambil masa tujuh jam berdasarkan pengalaman aku berulang alik sebelum ini. 

Kami bertolak jam 6.30 petang dengan Viva seorang sahabat. Terima kasih atas pengorbanan meminjamkan Viva ini. Sepanjang perjalanan aku hanya senyap, hanya sesekali bersuara bila ada keperluan. Dia tidak henti-henti mengalunkan kalamullah. Aku tahu dia amat tabah.
Alhamdulillah perjalanan agak lancar. Aku memandu berhati-hati dengan purata 100 km/j. Jalan tidak sesibuk mana.Kami hanya berhenti di Benta, Pahang untuk solat dan mengisi minyak. Jam 12 tengah malam kami melintasi sempadan Pahang-Kelantan.

Jam satu setengah kami akhirnya tiba di Kuala Krai. Jalan ke rumahnya hanya muat satu kenderaan, dikelilingi kebun serta belukar. Lebih kurang 2 kilometer dari jalan utama Gua Musang-Kota Bharu. Tiba di rumah beliau, ahli keluarganya sedang menunggu. Adiknya yang menuntut di USM, Pulau Pinang masih dalam perjalanan, dijangka tiba jam 5 pagi. 

Aku mewakili sahabat-sahabat mengucapkan takziah kepada beliau serta ahli keluarganya. Aku sempat berbual bersama-sama ahli keluarganya. Persoalan dalam minda aku akhirnya terjawab. Adik lelakinya yang berusia 13 tahun telah dijemput oleh Allah. Al Fatihah...

Pagi tadi, aku terpandang akhbar Sinar Harian edisi Kelantan. Berita kematian adiknya terpapar di muka hadapan. Berita penuh disini (Sinar Harian online)

3 comments:

  1. Takziah buat beliau..

    ReplyDelete
  2. Innalillah, alhamdulillah tanda kasih Allah, jemputan awal ke sana, bila dimaklumkan berkenaan perkara ini, ana tiba2 muhasabah semula, teringat kematian yang hadir tanpa diduga, mungkin sekarang, beberapa saat lagi, jam,mungkin esok, lusa atau bila, giliran kita pula...Semoga sahabat dan ahli keluarganya tabah dalam menghadapi ujian ini, doakan yang terbaik buat allahyarham.

    ReplyDelete
  3. Takziah buat seorang sahabat..Semoga Allah SWT mencucuri roh allahyarham..

    ReplyDelete


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)