Tuesday, January 19, 2010

Woi, apehal ni...




Beberapa hari lalu TG Nik Abdul Aziz ada menyebut mengenai budaya cah keting yang sedang berlaku di dalam PAS Kelantan.

Cah keting biasanya dikaitkan dengan permainan bola sepak. Apabila penyerang lawan sedang membawa bola, pertahanan akan cuba merampas bola tersebut. Apabila usaha 'standard' gagal, beliau akan cuba menjatuhkan penyerang melalui cara menyepak@mencantas keting penyerang lawan. Bila penyerang lawan dah jatuh tersembam, bola tersebut dapat dirampas.

Perlu di ingat PAS adalah Harakah Islam bukannya parti politik semata. Budaya cah keting ini bukan budaya Islam. Penyertaan dalam PAS bukannya untuk mendapatkan habuan dunia. Memang celaka siapa yang menyertai untuk mendapatkan habuan dunia. Tak lambat, cepat, Allah akan keluarkan dia dari Harakah Islam. Jawatan adalah amanah yang wajib ditunaikan bukannya kebanggaan untuk membuncitkan perut.

No comments:

Post a Comment

Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)