Monday, January 11, 2010

Kematangan Terserlah

Isu penggunaan kalimah Allah terus hangat. Kesannya beberapa gereja diserang oleh pihak tidak dikenali. Aku respek dengan tindakan pemimpin PAS yang segera bertindak untuk meredakan keadaan. Kematangan PAS terserlah ketika UMNO dan NGO pro UMNO masih berpolitik cara lama... Mungkin UMNO harapkan PAS bersama-sama untuk demo bantah penggunaan kalimah Allah..dan UMNO silap... PAS jauh lebih matang.








Sumber: Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 9 Jan: Ketua Paderi bagi Gereja Metro Tarbenacle, Hock Teck Leong merakamkan penghargaan kepada PAS kerana mengutuk pengeboman tiga gereja tempatan, pagi semalam.

Demikian maklum balas Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan at-Tantawi, yang turut menyertai Ziarah Mesra PAS ke Gereja Metro Tarbenacle di Desa Melawati, Setapak, Kuala Lumpur petang tadi.
 
“Dia cukup terharu dan mengucapkan terima kasih atas kunjungan dan simpati yang ditunjukkan oleh para pemimpin PAS,” jelas Nasruddin ketika dihubungi Harakahdaily.

Menurutnya, pihak gereja turut memuji ketegasan PAS mengutuk pengeboman tiga gereja terbabit oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.

Dalam sesi dialog, Nasruddin turut menjelaskan bahawa Rasulullah s.a.w. melarang umatnya meruntuhkan rumah ibadat bukan Islam.

“Kita berdialog, saya sempat jelaskan bahawa Rasulullah s.a.w. melarang umatnya membunuh budak kecil, wanita dan orang tua, tumbuh-tumbuhan hatta rumah ibadat ketika berperang.

“Kalau waktu berperang, Islam mengajar sebegitu, inikan pula waktu aman, orang yang terbabit tidak belajar keadilan dalam Islam,”ujarnya.

PETALING JAYA, 10 Jan: Kesediaan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melawat tiga gereja petang tadi menimbulkan rasa terharu pihak gereja.

Perasaan terharu itu dinyatakan oleh Pegawai Penyambut Tamu Gereja Katholik Assumption, Jalan Assunta dekat sini, Calvin Jacob yang juga sempat mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Kelantan itu kerana sudi mengunjungi mereka.

Menurut Calvin, Datuk Nik Abdul Aziz telah meluahkan rasa simpati di atas apa yang telah berlaku ke atas gereja itu yang dibaling dengan bom buatan sendiri pada minggu lalu.

“Saya telah mempelawa beliau masuk ke dalam gereja untuk melawat namun kerana ketika itu pengunjung gereja sedang melakukan kegiatan mingguan mereka, beliau menolak dengan baik.

No comments:

Post a Comment


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)