Tuesday, July 21, 2009

Masa yang berlari...

Pada suatu hujung minggu, saya dijadualkan untuk mengikuti 2 program. 1 pada hari Sabtu dan 1 lagi pada hari Ahad.

Ditakdirkan pagi Sabtu itu, saya demam dan tak dapat mengikuti program tersebut. Sepanjang hari saya hanya berehat di rumah.

Petangnya, jam enam, saya dapat 1 panggilan telefon. "Datang sekarang tau". Lebih kurang begitulah ayatnya. Saya hidupkan kereta dan ke program yang saya terima jemputan menyertainya. Saya tiba ketika program telah bermula setengah jam. Jam 1 pagi barulah selesai sesi pertama. Sampai di rumah, saya tak dapat melelapkan mata, mungkin sepanjang hari dah tidur. Selepas subuh barulah terasa mengantuk. Saya melelapkan mata jam 7 pagi. Jam 8.15 pagi saya bangun dan mandi, bersiap-siap ke satu lagi program yang dijadualkan. Program tersebut dijangka tamat jam 5 petang.

Jam 1 tengahari saya terpaksa mengundur diri kerana ada satu lagi program yang dijemput untuk menghadirinya yang dijadualkan jam 2.15 petang. Saya sempat menyelitkan makan tengahari bersama sahabat pada jam 1.30 petang kerana ada perkara yang ingin disembangkan.

Selepas makan tengahari saya terus bergegas ke tempat program. Jam 6.30 petang barulah saya berpeluang pulang ke rumah. Sampai je kat rumah, saya ada diskusi bersama rakan-rakan untuk menyiapkan tugasan kuliah. Jam 9 malam, saya hidupkan kembali kereta, kerana ada 1 lagi program. Jam 12 tengahmalam barulah program tersebut selesai...

Letihnya Allah yang tahu... Terasa masa berlari cukup pantas...

Tika letih, terasa ingin merehatkan sebentar kaki dari melangkah....

tapi bila dikenangkan para pemimpin, yang masanya bukan hanya berlari, tetapi memecut laju, segera dibatalkan niat untuk berehat...

2 comments:

  1. salam...bersyukurlah Allah telah mengaturkan masa enta dengan aktiviti perjuangan dakwah yang mana kebanyakan pemuda lain tidak di beri peluang sebegitu rupa dan hanya membuang masa tanpa arah tuju serta matlamat yang nyata...mereka mencari cahaya yang tidak kunjung tiba..

    ReplyDelete


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)