Thursday, July 9, 2009

Pemikir Islam


Malam ini tanpa kopi dan roti.

Terlintas dalam fikiran saya mengenai pemikir organisasi Islam.

Realiti dunia kampus hari ini memerlukan pemikir Islam meletakkan tindakan dan gerak kerja organisasi Islam pada masa dan kedudukan yang wajar dan tepat demi kepentingan ummah agar tidak merugikan perjuangan.

Jika kita tanya pada diri kita, pimpinan khususnya, adakah kita punyai satu perancangan jangka panjang yang rapi untuk kepentingan organisasi? Atau kita biarkan ia bergerak secara sendirinya tanpa adanya perancangan yang rapi? Jika ada yang berpandangan kedua, saya sarankan kembalilah memahami buku "ABC Gerakan Islam" tulisan Dr Fathi Yakan, pada bab yang terawal.

Kita maklum mengenai matlamat kita. Tetapi bagaimana pula dengan perancangan untuk mencapai matlamat tersebut? Adakah kita jelas dengan setiap langkahan kita? Adakah langkahan kita itu langkahan yang berstrategi dan berperancangan atau biarkan sahaja kaki melangkah? Jika kita sudah ada perancangan dan strategi, adakah strategi itu sesuai dan praktikal untuk dilaksanakan? Adakah perancangan itu dibuat dengan mengambil kira semua elemen-elemen yang berkaitan?

Pemikir bertanggungjawab untuk membuat kajian dan penyelidikan yang boleh memberi manfaat kepada organisasi. Pemikir perlu manfaatkan segala data yang ada, kemudian data di analisis untuk menjadi informasi dan maklumat yang berguna dan bermanfaat. Pemikir perlu merangka satu kaedah dan tindakan daripada maklumat-maklumat tersebut. Pemikir Islam tidak dapat tidak untuk mendekatkan diri kepada Allah, lalu ilmu tersebut merupakan 'hikmah'.

Saya berikan contoh. Kita punyai data demographic masyarakat kampus. Data tersebut di analisis dan di dapati 90% masyarakat kampus adalah Islam. Hasil daripada maklumat tersebut, satu perancangan dan kaedah dakwah umum perlu diperkasa dan diperhebatkan. Perancangan dan kaedah itu akan mendapat panduan sekiranya mendekatkan diri kepada Allah SWT. Insya Allah.

Mahukah saudara jadi seorang pemikir Islam?

No comments:

Post a Comment


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)