Tuesday, July 28, 2009

Kembara Malam


Juga pada suatu hujung minggu.

Jam di telefon bimbit saya menunjukkan 2.45 pagi. Pagi yang gelap. Hujan renyai-renyai membasahi bumi. Deruan ombak kedengaran kasar menghempas pantai.

Saya sarung jaket hitam lusuh. Saya betulkan kasut hitam. Saya galas beg juga warna hitam. Kemudian saya hidupkan enjin JJS, motosikal yang dipinjam dari seorang sahabat. Dengan berhati-hati saya tinggalkan Pengkalan Balak.

Hujan yang saya nampak renyai-renyai itu rupanya cukup untuk membuatkan saya tidak selesa. Kesejukan mulai terasa. Pemandangan juga cukup terhad. Saya cekalkan hati.

Kerana kesejukan yang amat, saya singgah di 7-11 Masjid Tanah. Kemudian saya teruskan perjalanan. Tak berapa jauh, saya singgah di Lendu, saya berteduh di pondok menunggu bas. Saya sambung lagi tunggangan. Di Alor Gajah, saya singgah lagi di 7-11, berteduh dari hujan yang semakin lebat.

Kemudian saya ke lebuhraya Utara Selatan melalui tol Simpang Ampat. Saya ambil rah utara. Saya pulas pendikit minyak ke tahap maksimum. Motosikal memecut laju. Jaket saya separuh basah. Angin juga bertiup laju. Saya agak berhati-hati apabila dipotong atau memotong lori juga bas yang membuatkan motosikal seperti ingin melayang. Gerun rasanya.

Jumpa je R&R, saya akan berhenti samada mengisi minyak atau ke tandas, dan yang paling penting, saya tidur beberapa ketika. Saya bersolat subuh di R&R Dengkil. Selepas itu saya sambung lagi perjalanan ke destinasi tujuan. Alhamdulillah, jam 7 pagi saya selamat tiba di Tol Batu Tiga.

Program mula jam 8 pagi. Mengantuk tak usah cakap. Tersengguk-sengguk beberapa kali ketika program sedang berlangsung.

Dua perkara penting yang saya dapat dari kembara malam, bukan pada malamnya, tapi pada program siangnya. Nanti sahabat boleh fikirkan sendiri huraiannya.

1. Tarbiyah sangat penting untuk memastikan kelangsungan jemaah.

2. Nuqaba' yang berkualiti akan menjamin kejayaan usrah.

Sahabat-sahabat boleh berkongsi pendapat mengenai 2 perkara ini. Sangat di alu-alukan.

No comments:

Post a Comment


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)