JI...JI...JI....
Itulah nyanyian terbaru UMNO. Secara tiba2 isu JI ini ditimbulkan padahal tiada bukti sahih yang menunjukkan JI sedang beroperasi secara aktif di Malaysia. Tiada sebarang tangkapan ataupun penemuan dokumen berkaitan dengan JI pada ketika ini tetapi UMNO terus mendendangkan bahawa kemungkinan JI mempunyai ahli2 dari kalangan pensyarah2 universiti yang merekrut mahasiswa2 sebagai kader2 JI.
Aku percaya isu JI ini dibangkitkan sebagai 'modal' atau alasan untuk UMNO menggunakannya demi kepentingan politik.
Isu JI ini boleh UMNO gunakan untuk mengekalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ekoran perbahasan rang undang2 pindaan di Parlimen pada Julai ini.
Isu JI juga UMNO akan gunakan untuk menyekat pergerakan mahasiswa pro Islam di kampus-kampus. Isu JI bertapak di kampus merupakan alasan yang baik bagi UMNO serta pihak universiti bertindak terhadap mahasiswa yang tidak sehaluan dengan mereka.
Ahli-ahli JIK perlu berhati-hati dalam membuat keputusan dan bertindak. Mereka perlu pandai membaca keadaan dan suasana ini. Cuba elakkan berkonflik dengan pihak pentadbiran universiti. Sebaliknya cuba memcari jalan untuk mengambil kesempatan untuk melancarkan gerakkerja JIK.





