Showing posts with label Cerita. Show all posts
Showing posts with label Cerita. Show all posts

Sunday, February 21, 2010

Diam Tanpa Kata


Minggu lepas. Sekolah Menengah.

Aku masuk ke satu kelas buat kali pertama. Macam kelas2 lain, aku mulakan dengan sesi perkenalan. Aku ceritakan pasal diri aku kemudian aku minta pelajar kenalkan diri masing-masing. Macam biasa, kenalkan nama, asal, ibu bapa dan lain-lain yang dirasakan perlu.

Seorang demi seorang, akhirnya tiba pada barisan belakang. Seorang pelajar perempuan bertubuh kecil. Dia kenalkan diri dengan cukup ringkas. Dia beritahu namanya, asal serta nama ayahnya. Aku ringan mulut untuk bertanya.

"Ayah kerja apa?"
Dia geleng kepala.
"Tak tahu ayah kerja apa?, mak kerja apa?"
Dia geleng gak.
"Kerja mak tak tahu gak?"
Dia geleng. Matanya mulai berkaca.

Kawan-kawan sekelasnya memberi isyarat yang aku fahami. Barulah aku memahami maksud gelengannya. Kemudian aku suruh dia datang ke meja guru di depan. Aku cuba mengetahui sejarah hidupnya...

Kisahnya, dia tidak pernah mengenali ibunya sejak lahir...Juga bapanya....Dia cuma punyai abang yang berada di Lembah Kelang...

Aku diam tanpa kata..

Tuesday, February 16, 2010

Bacalah Sayang

2 minggu je aku sempat dengan diorang ni... Esok aku mulakan episod baru dalam arena pendidikan...hehe

Pelajar cakap: Ustaz, motor ustaz besar la..
Pagi-pagi nasyid Asma Ul Husna dulu
Skema...haha
Alia Shahbani; antara pelajar terbaik. Duduk belakang sekali dekat dengan pintu.

Nabil

Syafiqah

Tekun membuat latihan
Najihah

Monday, February 1, 2010

Hari Pertama Dunia Keguruan


Masa alam mahasiswa dulu, bila di ajukan pasal kerjaya, aku agak sukar untuk menyatakan kerjaya pilihan. Tapi jika boleh aku tidak mahu menjadi guru, sebab ayah, mak dan isteri (bakal, Insya Allah) aku berkecimpung dalam arena keguruan. Aku ingin rasai suasana yang lain sedikit.

Itu dulu. Hari ini aku mulakan hari pertama sebagai seorang guru di sebuah sekolah rendah Islam. Aku mengajar tahap dua, darjah 4,5 dan 6. Perasaan aku bercampur baur. Hehe. Berinteraksi dengan pelajar semuda ini memerlukan kemahiran dan keupayaan yang tersendiri. Contohnya keupayaan untuk mengawal para pelajar. Nasib baik suara aku memang kuat. Hehe.

Lebih dari itu, inilah peluang aku untuk terlibat membentuk pemimpin masa hadapan negara. Sejak kecil lagi para pelajar ini didedahkan dengan matapelajaran Islam serta didikan akhlak yang bakal membentuk sikap dan peribadi di masa hadapan. Aku mungkin tidak sempat untuk menyaksikan kemenangan Islam di bumi ini tetapi aku doakan ada di kalangan pelajar ini yang meneruskan perjuangan menegakkan Islam.

Harapnya bila di hadapan Allah nanti, perkara ini boleh meringankan sedikit bebanan dosa aku yang bertimbun ini... Amin...

Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)