Sunday, August 28, 2011

Blog Mujahid


Aku buat blog khusus untuk Ahmad Akhtar Mujahid. Kisah tarbiyatul aulad dalam proses mengukuhkan baitul muslim seterusnya mencapai Daulah Islamiyyah.

Blog yang bersifat keibubapaan yang mencatat kisah, ragam serta apa-apa yang berkaitan Mujahid. Aku bersama-sama isteri akan menulis dalam blog ini. Masih dalam pembinaan. Jemput la melawat.

Boleh lawat www.mujahid11.blogspot.com atau klik SINI

Moga aku istiqamah menulis.

Monday, August 8, 2011

Ukhwah Celcom


Celcom bagi aku panggilan tanpa had dengan RM3 sehingga tengah malam ni.

Aku tengok list nama dalam phonebook aku. Aku tengok satu persatu.
Kemudian aku kol mana-mana nama yang aku rasa dah lama tak berhubung.
Merata gak aku kol.

Ramai yang tanya ayat standard macam ni: "Ada apa ye enta kol ni ?, macam ada urusan penting je."

Baru aku tahu, begini rupanya ukhwah.

Ukhwah celcom.

Sunday, August 7, 2011

Lagu Kegemaran Mujahid

Mujahid memang suka lagu ni. Setiap kali dia dengar lagu ni, dia akan senyum dan melonjak riang. Kalau dia nak menangis, tak jadi menagis bila dengar lagu ni.

Allahu rabbuna
Arrasul qudwatuna
Al Quran dusturuna
Aljihad sabiluna
Almautu fi sabilillah asma amanina

Atau Mujahid senyum gelakkan abi sebab suara abi sumbang?

Wednesday, August 3, 2011

Bazar Ramadan

Petang ini kali pertama aku ke bazar Ramadan tahun ini. Itu pun secara kebetulan, tiada perancangan untuk pergi pun. Aku cuma beli air batu campur dan soya je.

Aku sebenarnya lebih suka masakan zaujah aku sebab aku tahu dia masak dengan bersih. Aku juga tahu dia baca bismillah dan selawat pada nabi. Kat bazar tu aku tak tahu ada baca tak.

Kawan aku ada cakap dulu, sebelum beli makanan tengok dulu kebersihan kedai dan jurujual tu sendiri. Kalau jurujual tu tutup aurat dengan sempurna, boleh beli, kalau tak, cari kedai lain.

Tuesday, August 2, 2011

Terawih

Abi pergi terawih kat masjid.
Mujahid sama ummi terawih kat rumah.

Monday, August 1, 2011

Menu berbuka

Abi dan Ummi

1. Gulai ayam
2. Acar timun
3. Sambal bilis
4. Nasi putih
5. Lobak merah susu
6. Puteri mandi


Mujahid

Susu ummi

Mujahid Puasa

Abu Mujahid puasa.
Ummu Mujahid puasa.
Mujahid awal-awal pagi lagi dah minum susu.

Sunday, July 31, 2011

Tak sangka...

Aku masih boleh menulis rupanya....

Monday, June 20, 2011

Tima Kacih pakcik dan makcik.

Terima kasih makcik dan pakcik yang datang ziarah Mujahid. Walaupun hampir 2 jam perjalanan makcik dan pakcik tetap datang ziarah Mujahid.

Tima kacih pakcik.
Tima kacih makcik.

Monday, June 13, 2011

AKP menang kali ke-3

Petikan dari Harakahdaily.

Zulkifli Sulong, Istanbul   
ISTANBUL, 12 Jun: Parti Keadilan dan Kesejahteraan (AKP) Turki pimpinan Toyyib Erdorgan berjaya memenangi pilihan raya Turki buat kali ketiga berturut-turut dan sekalligus memecahkan rekod yang dipegang parti pimpinan Adnan Manderes sebelum ini.

AKP menang dengan undi popular sebanyak 49.9 peratus berbanding 37 peratus dalam pilihan raya 2002 dan 47 peratus dalam pilihan raya 2007.

Bagaimanapun AKP gagal mencapai sasarannya untuk memenangi dua pertiga kerusi apabila hanya memenangi 325 kerusi iaitu kurang dua belas kerusi lagi dari jumlah sasaran dua pertiganya.

Rakyat Turki, khasnya penyokong AKP dari pelbagai lapisan umur bagaikan berpesta di perkarangan pejabatnya di Istanbul dan juga di Ankara.

Di Ankara, Presiden AKP, Erdogan dan isterinya berucap kepada para penyokongnya bagi meraikan kemenangan itu kira-kira jam 9.30 malam waktu tempatan.

Di Istanbul, pesta kemenangan berlangsung di perkarangan pejabat AKP dan juga di dalam dewan besar pejabat AKP Istanbul.

Para remajanya menari tarian tradisional Turki sambil menyanyikan lagu khas yang dicipta AKP untuk pilihan raya kali ini.

Mereka mengibarkan bendera AKP yang dibekalkan oleh parti itu sejak jam tujuh malam apabila keputusan awal diumumkan AKP sudah memperolehi 53.24 peratus.

Sambil menyanyi dan menari, mereka juga bersorak setiap kali gambar pemimpin kesayangan, Erdogan dipaparkan dilayar besar yang dipasang di perkarangan parti itu.



Baca lanjut di Harakahdaily.

Friday, June 3, 2011

Kisah Seorang Abi

Sejak Mujahid dilahirkan, aku tidak pernah pakaikannya lampin, kerana faktor jarak, aku di Melaka, Mujahid di Kelantan, sehinggalah cuti sekolah bermula 28 Mei 2011. Aku dah buat beberapa perkara sebagai seorang abi. Rupanya bukan mudah jadi seorang abi. Mencabar juga.

1. Mandikan Mujahid - Aku tolong tengok zaujah mandikan Mujahid sambil sesekali tolong jiruskan air.

2. Bila siap mandi, aku bungkuskan Mujahid dengan tuala, macam anak eskimo pulak, kemudian lapkan sehingga kering. Pastu aku sapukan minyak dan taruk bedak. Kemudian aku pakaikan lampin seterusnya pakaikan baju dan seluar.

3. Dodoikan Mujahid. Awalnya aku agak kekok untuk pegang Mujahid sebab tiada pengalaman, tapi sekarang ni bolehlah.

4. Malam-malam, ada juga la jaga Mujahid bila dia tersedar dari tidur. Buatkan susu belum lagi sebab Mujahid menyusu badan.
 

Thursday, June 2, 2011

Nik Abduh Timbalan Ketua Pemuda PAS


Tahniah diucapkan kepada Nik Abduh Nik Abdul Aziz setelah dipilih sebagai Timbalan Ketua Pemuda PAS bagi sesi 2011-2013 dalam Muktamar DewanPemuda PAS.

Turut menang ialah Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaacob bagi jawatan Naib Ketua Pemuda.

Dua belas ahli jawatankuasa kerja pusat  ialah Riduan Mohamad Nor, Khairul Faizi Ahmad Kamil, Ahmad Baihaki Atiqullah, Mohd Adram Musa, Kamaruzaman Mohamad, Ahmad Fadhli Shaari, Khalil Abd Hadi, Mohd Nazri Chik, Mohd Yusni Mat Piah, Mohd Sany Hamzan, Mohd Nor Hamzah dan Syed Abdul Kadir Syed Hussin Aljoofre.

Thursday, May 19, 2011

Tarbiyah Red Warriors






Selamat Hari Guru & 2 Bulan Mujahid.

Selamat Hari Guru.

Selamat Hari guru untuk semua guru aku, khususnya guru pertama aku iaitu ayah dan mak. Ayah dan mak merupakan guru pertama yang mengajar aku erti mengEsakan Allah, mengajar aku erti kejayaan dan kecemerlangan, mengajar aku erti persahabatan, mengajar aku tulis dan baca, mengajar aku segalanya. Sampai sekarang ayah dan mak sentiasa menjadi guru aku. Guru dalam kehidupan, mengajar aku bagaimana untuk melalui kehidupan ini, melepasi ujian demi ujian. Tahun ini merupakan tahun kedua aku menyambut hari guru sebagai seorang guru.

2 Bulan Mujahid.

Mujahid dilahirkan pada 20 Mac 2011. Esok 20 Mei 2011. Maknanya sudah 2 bulan Mujahid menjalani  kehidupan sebagai bayi di dunia ini. Ruginya aku tidak dapat mengikuti sepenuhnya secara langsung tumbesaran Mujahid. Tentu dah besar dia sekarang.

Saturday, May 14, 2011

Ketagih Lagi

Habis waktu kerja, dengan masih berbaju kerja juga peluh yang bersisa, aku terus pecut kereta ke tempat itu. Jalan Sungai Timun - Port Dickson memang best untuk layan selekoh. 80 - 100 kmj memang ngam dengan trek itu, sesekali aku tekan brek, mendecit tayar kereta yang dah lama tak berganti.

Bila sampai tempat itu, aku punya perasaan terus berubah, aku rasa gembira sangat dan tersendiri. Perasaan yang dah lama aku tidak rasai sejak meninggalkan alam kampus.  Bayangkan, sekeliling ada sahabat2 yang bertungkus lumus menjalankan kerja-kerja tamrin. Ada yang berlari, ada yang menjerit, ada yang nampak cool, ada yang gelisah semacam. Kenangan alam kampus kembali bermain di kepala. Kenangan pahit manis semua ada.

Makan nasi dalam dulang berlauk ikan bilis dan telor tambah dengan sayur campur ditaruk kicap memang best. Minum air kelapa sambil makan 'isi kelapa muda' memang best sambil kongsi pengalaman dan cerita. 

Aura yang mereka hasilkan membuatkan aku ketagih untuk datang.


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)