Tuesday, October 27, 2009

Pakat Dengar Nasihat Tuan Guru Presiden




Tuan Guru Presiden dah keluarkan kenyataan rasmi beliau mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan. Jadi marilah semua pakat dengar nasihat Tuan Guru Presiden. Aku salin dari laman rasmi Tuan Guru Presiden.

Isu Dalaman Parti Islam SeMalaysia (PAS

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
PAS adalah merupakan sebuah organisasi siyasah, dakwah dan tarbiyah yang ditubuhkan sejak dari tahun 1951 dan pernah berhadapan dengan suasana yang lebih getir dalam lipatan sejarah perjuangannya. Semuanya berjaya dihadapi dan terus menerus mematangkan organisasi parti sehinggalah PAS mencapai kedudukan yang ada pada masa kini. Sehubungan dengan itu, saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini. Persoalan yang timbul ini tidak akan dapat diselesaikan menerusi penggunaan media massa dan media baru. Ianya perlu diselesaikan secara musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya.


Saya juga sudah mengarahkan Dato’ Setiausaha Agung PAS untuk menentukan tarikh yang sesuai di waktu terdekat ini untuk diadakan satu mesyuarat bagi membincangkan persoalan yang timbul ini. Kita berdoa agar Allah SWT senantiasa memberikan taufik dan hidayah Nya kepada kita semua dalam usaha untuk merungkai permasalahan ini dan seterusnya memperkukuhkan parti.

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

6 Zulkaedah 1430 H bersamaan 25 Oktober 2009


Ada faham?

Sunday, October 25, 2009

Khabar Dari Seberang


Aku terima khabar via SMS dari adik di Sarawak. Berkisah mengenai muktamar yang akan diadakan pada hari ini, Ahad. Sekali lagi selamat ulang tahun ke- 3 JIK disana.

Selamat bermuktamar adik-adik. Kami para alumni tidak pernah melupakan kalian. Kami bersedia untuk memberikan apa sahaja sumbangan dengan kemampuan kami yang dhaif ini.

Kalian jangan lupa baiah yang kalian lafazkan itu. Kalian berjanji kepada Allah dan Rasul. Jadikan muktamar ini medan untuk bermuhasabah serta meningkatkan ketaqwaan kepada Allah. Jangan dilupa juga untuk meningkatkan kualiti kerja kalian di jalan Allah.

Allah matlamat kami
Rasul ikutan kami
Al Quran perlembagaan kami
Jihad jalan kami
Mati di Jalan Allah cita-cita tertinggi kami

Friday, October 23, 2009

Lagi lagi K-JIK: Mesti Pro Aktif



Putaran kehidupan ini bergerak dengan pantas. Dunia bukannya statik. Dunia sentiasa berubah setiap detik. Medan tempak JIK berada juga bergerak dan berubah. Kepimpinan JIK mesti sentiasa berwaspada dan mengambil kira setiap perubahan yang berlaku demi kepentingan jemaah. Kegagalan pimpinan memahami perubahan akan menyebabkan kerugian yang besar kepada JIK. Kesuntukan masa yang berlaku adalah kerana pimpinan lambat memahami perubahan tersebut. Pimpinan seharusnya selari dan mendahului masa, bukannya ditinggalkan masa.

Penghujung sesi ini menuntut pimpinan lebih memahami pergerakan masa. Banyak tugasan dan agenda yang perlu dilaksanakan sebelum bermula sesi akan datang.

1. Kepimpinan JIK
Soal kepimpinan bukan perkara yang boleh diputuskan secara mudah dalam satu malam. Kepimpinan untuk masa akan datang perlu dibincangkan dan dibahaskan dengan teliti. Segala aspek perlu diteliti dan di ambil kira sebelum membuat sesuatu keputusan. Kebiasaannya perbincangan ini mengambil masa yang panjang sebelum keputusan dikeluarkan. Bukannya nanti akan keluar kenyataan kesuntukan masa lantas kepimpinan diputuskan secara terburu-buru.

2. Muktamar
Muktamar merupakan medan muhasabah untuk semua sama ada pimpinan atau ahli. Persediaan untuk muktamar juga merupakan perkara yang penting agar perbahasan semasa muktamar mempunyai kualiti bukannya cakap berasaskan emosi. Muktamar mempunyai peranan yang cukup penting dalam JIK. Juga bukannya nanti keluar kenyataan kesuntukan masa lantas persediaan muktamar dilakukan secara tergesa-gesa.

3. Siasah
Kepentingan siasah ni tak usah nak cakap la. Ke ada yang tak tau? Ada eh? Patutla buat tak tahu je. Mari sini aku nak cakap sikit.. Pasal siasah ni, kita kena bincang la strategi apa yang nak dipakai. 4-4-2 ke, 4-3-3 ke. Mana boleh main hentam macam tu je. Kena bincang la siapa yang akan ketuai wasilah, sape exco2 wasilah. Apa pendekatan yang wasilah nak bawa...macam mana nak manfaatkan wasilah. Yang lain pun sama la. Bape orang nak hantar ke MPP, ke Kolej. Semua tu kena bincang. Takde automatiknya. Kalau automatik aku pun nak.

4. Kem
Cuba bagitau terang-terang apa perkembangan semasa. Siapa yang uruskan? Aku kurang pengetahuan ni. Bilanya mereka nak datang? Prosedurnya macam mana? Kena buat apa? Kami terlibat ke tak ni? Ke automatik gak? Sukanya aku..


Senang ceritanya, kepimpinan mesti pro aktif. Jangan tunggu dah basi baru nak bertindak.

Monday, October 19, 2009

Selamat Jalan Tok Cek...

Tok Cek...

'Tok Cek' merupakan nama panggilan untuk datuk sebelah emak aku. Emak aku bahasakan ayahnya 'Cek'. Jadi cucu-cucu panggil datuk, 'Tok Cek'. Nama sebenarnya Ismail. Orang2 kampung panggil 'Paksu Wel'. Nenek sebelah ibu aku panggil 'Tok Jah', nama sebenarnya Khadijah.Bahasa panggilan yang biasa digunakan di Kelantan dan Jerteh, Terengganu.

Tok Cek dan Tok Jah ada ramai anak. 19 orang semuanya. Anak sulung Tok Cek seorang pensyarah di Kusza, sedang menghampiri umur persaraan. Anak Tok Cek yang bongsu, 22 tahun, masih belajar. Emak aku anak yang ketiga. Anak-anak Tok Cek ada kerja pensyarah, doktor, PTD, ahli perniagaan dan lain2, paling ramai jadi cikgu, termasuk emak aku.

Aku ada kenangan dengan Tok Cek masa kanak-kanak dahulu. Masa tu emak dan ayah aku ke Mekah untuk tunaikan haji, jadi aku dan adik-adik tinggal dengan Tok Cek dan Tok Jah. Masa tu aku darjah 5. Tok Cek hantar dan jemput aku dan adik2 pergi dan balik dari sekolah tiap-tiap hari. Tok Cek selalu bawa aku pergi makan roti canai. Aku bonceng motor Tok Cek. Tok Cek suka pakai jaket celoreng tentera bila naik motor.

Tok Cek seorang aktivis Parti Islam yang cukup kuat. Bila musim pilihanraya, rumah Tok Cek merupakan markaz Parti Islam. Bendera-bendera parti akan berkibar megah. Tok Cek pernah cerita kat aku, Tok Guru Haji Hadi Awang pernah berceramah di rumahnya pada awal perjuangan Islam bertapak di kampungnya dahulu. Anak-anak, Tok Cek pastikan semuanya, paling kurang, penyokong Parti Islam. Menantu juga begitu, Tok Cek pastikan semua menantunya, paling kurang, penyokong Parti Islam.

4 hari lepas, Tok Cek menjalani pembedahan di Hospital Kota Bharu. Saluran jantung tersumbat. Anak-anak menyewa hotel di Kota Bharu untuk temankan Tok Cek. Lepas pembedahan ,Tok Cek tidak sedar.

18 Oktober 2009, emak SMS aku,
Tok Cek tenat. Doakan Tok Cek.

19 Oktober 2009, 5.58 pagi, emak SMS aku:
Tok Cek dah meninggal tadi, doakan rohnya ditempatkan bersama orang2 soleh.

Tok Cek meninggal pada usia 73 tahun. Jenazah Tok Cek dibawa pulang ke rumah di Alor Lintang, Besut, Terengganu,rumah sama tempat aku dilahirkan. Tok Cek dikebumikan selepas Zohor.

Selamat Jalan Tok Cek. Moga rohmu ditempatkan di kalangan orang2 yang soleh.

Selamat Jalan Tok Cek... Selamat Jalan...

Thursday, October 15, 2009

Kepimpinan Jemaah Islam Kampus: Tidak boleh ditegur?


Kepimpinan bukan soal main-main dalam JIK. Islam mengajarkan kepada kita betapa pentingnya kepimpinan. Sejarah Islam telah mengajar kita ketika kewafatan Kekasih Allah, Muhammad SAW, para sahabat telah memberi keutamaan dalam melantik pengganti Nabi Muhammad SAW untuk memimpin ummat Islam. Kita juga selalu mendengar kata-kata Umar Al Khattab yang popular ini: Tiada Islam tanpa jamaah, tiada jamaah tanpa kepimpinan, tiada kepimpinan tanpa ketaatan.


Kepimpinan merupakan suatu amanah yang akan disoal oleh Allah SWT pada hari Akhirat nanti. Kepimpinan bukanlah satu kebanggaan dan kemuliaan tetapi merupakan satu amanah yang mesti dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Para Khulafa’ ar-Rasyidin sendiri merasakan diri mereka bukanlah orang yang paling layak untuk memimpin. Mereka faham kepimpinan merupakan satu amanah yang besar dari Allah SWT. Tidak hairanlah ada di kalangan mereka yang sanggup dimuhasabah dengan mata pedang. Kepimpinan Jemaah Islam Kampus hari ini bagaimana? Sanggupkan dimuhasabah dengan mata pedang? Atau sudah melenting dimuhasabah dengan kata-kata?


Mari kita sama-sama memahami prinsip asas dalam kepimpinan Islam.


Antara prinsip kepimpinan Islam ialah Syura. Allah berfirman dalam Surah Asy Syura ayat 38: Ertinya: “Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan solat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan mesyuarat antara mereka dan mereka menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka.”

Syura merupakan asas dalam memutuskan tindakan jemaah. Keputusan yang penting dan memberi kesan yang besar kepada jemaah hendaklah diputuskan melalui syura. Perkara-perkara yang penting dalam jemaah hendaklah dibincangkan secara terperinci bukannya dengan sikap sambil lewa atau tidak apa. Ataupun memberikan alasan tidak punyai masa yang cukup untuk disyurakan. Perancangan jemaah hendaklah disyurakan secara mendalam dan berhati-hati agar setiap keputusan yang dibuat merupakan yang terbaik untuk JIK.

Prinsip yang lain ialah bebas memberi pandangan. Pemimpin hendaklah menyediakan ruang untuk ahli memberikan pendapat dan idea yang membina. Ruang untuk menegur mestilah ada dan pemimpin mesti bersedia untuk ditegur. Umat Khulafa’ Ar Rasyidin bersedia untuk menegur pimpinan dengan mata pedang. Pimpinan mesti bersikap adil, berunding dan hormat menghormati. Pemimpin bukan sekadar bertanggungjawab kepada ahli tetapi yang lebih berat bertanggungjawab kepada Allah SWT.

Aku harap aku boleh berlapang dada dalam menerima teguran daripada sahabat-sahabat yang pastinya menyayangi aku dan ingin melihat aku melakukan yang terbaik untuk Islam.

Rujukan dan ‘potong dan tampal’ dari :
Pengajian Islam, Konsep Kepimpinan Dalam Islam

Wednesday, October 7, 2009

Episod Di Bagan Pinang

Bismillahirrahmanirrahim….

“ Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan sehingga menjadi agama itu seluruhnya bagi Allah semata2. Kemudian jika mereka berhenti (dari kekufurannya dan gangguannya), (nescaya mereka dibalas baik) kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang mereka kerjakan…” Al-Anfal:39.

Terlebih dahulu aku memohon maaf kepada sahabat2 pengunjung blog Akhtar Syaheed kerana mungkin tulisan ku kali ini agak panjang. Agak membosankan. Namun inilah yang aku mampu ringkaskan sepanjang dua hari berkampung di Bagan Pinang. Sekadar perkongsian kisah.

Bermulanya episod di Bagan Pinang…..

Berkunjung ke Port Dickson (PD) kali ini berbeza dengan kunjungan aku sebelum ini. Berbeza dari segi tujuan dan keadaan sekeliling PD sebelum ni. Perang bendera telah pun bermula!!! Di sekitar laluan ke Bagan Pinang, jalanraya dipenuhi bendera2 parti yang bertanding. Sememangnya meriah..

Dalam kemeriahan sambutan Hari Raya yang belum lagi berakhir, di tambah pula dengan kemeriahan berpilihanraya, penduduk Bagan Pinang terutamanya peniaga2, pemilik2 premis penginapan sememangnya beruntung. Mana tidaknya, kebanyakan rumah tumpangan, hotel telah pun dipenuhi oleh orang2 dari luar Negeri Sembilan bagi menjayakan proses berkempen. Itulah dinamakan sebagai rezeki.

Pada malam hari kami berkesempatan mendengar ceramah YB Bagan Serai. Amat menarik, penuh semangat dan bertenaga. Sedikit petikan dari kisah yang beliau sampaikan. Orang2 India Bagan Serai mengadakan lawatan ke Kelantan. Saya bertanyakan pada mereka, “ Sesudah sampai di Kelantan ke mana destinasi pertama yang kamu akan tuju?” Mereka menjawab, “mula2 kami akan ke ceramah Tuan Guru..”. Orang bukan Muslim pun tahu menghargai ulama’ besar seperti Tuan Guru, tapi kita yang Islam tulen tak henti2 mencaci ulama’. Mungkin zaman sekarang telah pun mendekati keadaan yang telah digambarkan oleh Rasulullah SAW di mana para ulama’ sudah tidak diikuti lagi. Na’uzubillah..

Berpeluang mengikuti hari penamaan calon pada 3hb oktober memberikan pengalaman yang cukup menarik bagi kami. Seawal jam 7 pagi, kami menuju ke Masjid Bagan Pinang untuk sama2 melakukan solat hajat. Ku kira inilah satu2nya kekuatan yang ada pada parti yang satu ini. Sentiasa bergantung harap, bersembah sujud pada Allah Yang Maha Pencipta. Berjalan sejauh lebih kurang 7 km dari Masjid Bagan Pinang, kami menuju ke perkarangan Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson iaitu tempat penamaan calon. Keadaan rebas (hujan renyai2) tidak membantutkan kami untuk meneruskan perjalanan. Alhamdulillah proses penamaan calon berjalan lancar walaupun ada disiarkan dalam media mengatakan bahawa berlakunya insiden. Namun itulah sebenarnya publisiti murahan. Ketandusan idea.

Hari berikutnya. Maka bermulalah gerak kerja kami bermula dari peringkat akar umbi hinggalah peringkat pucuk pimpinan. Proses penculaan dari rumah ke rumah kami lalui untuk pertama kalinya. Bersama2 muslimat Kelantan amat menyeronokkan. Mereka amat bersemangat, tidak gentar. Tahniah Tuan Guru…kerana berjaya melahirkan tenaga kerja yang “sami’na wa ato’na”. Pada malam harinya ceramah oleh pimpinan2 parti yang pastinya bakal memberikan sentuhan yang terbaik untuk bakal rakyatnya. Amin..

Apa yang di harapkan oleh rakyat Bagan Pinang khasnya adalah suatu perubahan bakal berlaku. Perubahan yang akan membawa ke arah mendahulukan rakyat, bukan mengkronikan kaum kerabat.

Diharapkan Bagan Pinang akan dapat mewarisi kejayaan2 PRK sebelum ini. Hanya doa yang mampu kami iringi. Moga Allah SWT mengira setiap amal kebajikan yang kita lakukan untuk menolong agama Allah. Takbir!

Friday, October 2, 2009

Mana Lebih Kejam?


1. Sister in Islam (SIS) semakin galak mempertikai dan mencabar keputusan Mahkamah Syariah berhubung isu sebat Kartika yang mengaku bersalah meminum arak.

2. Keputusan Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman sebat itu membawa roh pelaksanaan hukuman syariah di Malaysia walaupun hukuman itu hanya 6 sebatan dan denda RM5000.00

3. SIS yang diketuai oleh Pengarah Eksekutifnya, Dr Hamidah Marican, membantah hukuman sebat dengan hujah hukuman itu kejam dan tidak berperikemanusiaan.

4. Aku nak tanya SIS dan mereka yang sefikiran dengan SIS, mana yang lebih kejam? Jangan buat-buat bodoh pulak..

Sebatan mengikut cara Islam :

a] Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
b] Jika pesalah hamil, hukuman dilaksana selepas 2 bulan melahirk anak
c] Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
d] Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk
e] Sebatan dengan kekuatan sederhana
f] Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala
g] Tidak melukakan kulit pesalah

Sebatan mengikut kaedah sivil :

a] Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
b] Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat
c] Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja
d] Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat
e] Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
f] Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
g] Sesetengah yang lain menyebat dengan cara sentap.
h] Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana dirasakan cebisan kulit tersentap keluar .

(kredit: Ustaz Nasrudin Hassan)

5. Dewan Pemuda PAS Pusat yang diketuai oleh Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi bersedia berhadapan dengan SIS dalam apa jua program bagi memelihara kesucian Islam serta membetulkan salah anggap SIS terhadap Islam.

6. Kita semua juga perlu mengambil tanggungjawab untuk memepertahankan kesucian Islam dan membetulkan tanggapan salah terhadap Islam dengan kapasiti dan kemampuan kita masing-masing. Banyak yang kita boleh lakukan. Seminar, Ceramah, Risalah, Buku, Diskusi, dan pelbagai lagi medium dakwah dan penerangan. Masih belum terlambat untuk kita menjalankan amanah ini.

Thursday, October 1, 2009

1 Oktober: Tribute untuk Iffah, Hanin & Zulaikha


Aku nak rakamkan penghargaan aku kepada sahabat-sahabat semasa di Sarawak dulu terutamanya Iffah, Hanin, Zulaikha dan semua sahabat atas usaha -usaha mewujudkan organisasi Islam di kampus.

10 Oktober 2006. Tarikh yang aku akan cuba ingati sampai bila2. Tarikh rasmi ( mengikut catatan aku la) bermulanya gerak kerja Islam secara bertanzim di kampus aku pada masa tu.

Perancangan dan gerak kerja hampir 4 semester sebelumnya akhirnya 'dirasmikan' pada 1 Oktober 2006. Dalam majlis yang cukup ringkas, kami berbaiah kepada Allah dan rasul serta pimpinan untuk menyerahkan segalanya yang kami ada untuk Islam.

Aku cukup hargai kerja-kerja yang diketuai oleh mereka bertiga yang merintis jalan bagi penubuhan organisasi secara 'rasmi'.

Hari ini juga aku ingin ucapkan selamat ulang tahun ke 3 buat adik-adik yang masih di Sarawak. Buat adik2, teruskanlah perjuangan. Kami sentiasa mendoakan yang terbaik.

Buat sahabat-sahabat, jangan dilupakan bumi Sarawak yang pernah mentarbiah kita suatu ketika dahulu.


p/s: sape ye ada maklumat terbaru tentang adik2 kat sane ?

Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)