Thursday, July 30, 2009

Rindu enta ...

Semalam jumpa seorang sahabat. Berkesempatan minum-minum sambil sembang-sembang.

Agak lama tidak jumpa di negeri ini. Rasa rindunya.

Awalnya saya tidak cam beliau. Setelah ditegur saya agak terkaku. Semacam tidak percaya.Penampilannya yang agak berbeza. Tubuh sedikit berisi, macam sedang bahagia je. Rambut dipotong pendek. Nampak agak kontra dengan sebelumnya. hehe.

Sembang semalam sembang "falsafah". haha.

Jika ada kesempatan ingin lagi jumpa beliau minum-minum sambil sembang-sembang.

Rindu enta syeikh...

Tuesday, July 28, 2009

Kembara Malam


Juga pada suatu hujung minggu.

Jam di telefon bimbit saya menunjukkan 2.45 pagi. Pagi yang gelap. Hujan renyai-renyai membasahi bumi. Deruan ombak kedengaran kasar menghempas pantai.

Saya sarung jaket hitam lusuh. Saya betulkan kasut hitam. Saya galas beg juga warna hitam. Kemudian saya hidupkan enjin JJS, motosikal yang dipinjam dari seorang sahabat. Dengan berhati-hati saya tinggalkan Pengkalan Balak.

Hujan yang saya nampak renyai-renyai itu rupanya cukup untuk membuatkan saya tidak selesa. Kesejukan mulai terasa. Pemandangan juga cukup terhad. Saya cekalkan hati.

Kerana kesejukan yang amat, saya singgah di 7-11 Masjid Tanah. Kemudian saya teruskan perjalanan. Tak berapa jauh, saya singgah di Lendu, saya berteduh di pondok menunggu bas. Saya sambung lagi tunggangan. Di Alor Gajah, saya singgah lagi di 7-11, berteduh dari hujan yang semakin lebat.

Kemudian saya ke lebuhraya Utara Selatan melalui tol Simpang Ampat. Saya ambil rah utara. Saya pulas pendikit minyak ke tahap maksimum. Motosikal memecut laju. Jaket saya separuh basah. Angin juga bertiup laju. Saya agak berhati-hati apabila dipotong atau memotong lori juga bas yang membuatkan motosikal seperti ingin melayang. Gerun rasanya.

Jumpa je R&R, saya akan berhenti samada mengisi minyak atau ke tandas, dan yang paling penting, saya tidur beberapa ketika. Saya bersolat subuh di R&R Dengkil. Selepas itu saya sambung lagi perjalanan ke destinasi tujuan. Alhamdulillah, jam 7 pagi saya selamat tiba di Tol Batu Tiga.

Program mula jam 8 pagi. Mengantuk tak usah cakap. Tersengguk-sengguk beberapa kali ketika program sedang berlangsung.

Dua perkara penting yang saya dapat dari kembara malam, bukan pada malamnya, tapi pada program siangnya. Nanti sahabat boleh fikirkan sendiri huraiannya.

1. Tarbiyah sangat penting untuk memastikan kelangsungan jemaah.

2. Nuqaba' yang berkualiti akan menjamin kejayaan usrah.

Sahabat-sahabat boleh berkongsi pendapat mengenai 2 perkara ini. Sangat di alu-alukan.

Thursday, July 23, 2009

Tetamu Misteri


Hampir setiap hari ada lawatan ke blog ini dari Alor Gajah...
Siapa ye tetamu misteri ini ...

Mungkin peminat blog ini...

mungkin teman lama...

mungkin sahabat....

atau...

mungkin mata-mata...

kena suruh Conan siasat ni...

Tuesday, July 21, 2009

Masa yang berlari...

Pada suatu hujung minggu, saya dijadualkan untuk mengikuti 2 program. 1 pada hari Sabtu dan 1 lagi pada hari Ahad.

Ditakdirkan pagi Sabtu itu, saya demam dan tak dapat mengikuti program tersebut. Sepanjang hari saya hanya berehat di rumah.

Petangnya, jam enam, saya dapat 1 panggilan telefon. "Datang sekarang tau". Lebih kurang begitulah ayatnya. Saya hidupkan kereta dan ke program yang saya terima jemputan menyertainya. Saya tiba ketika program telah bermula setengah jam. Jam 1 pagi barulah selesai sesi pertama. Sampai di rumah, saya tak dapat melelapkan mata, mungkin sepanjang hari dah tidur. Selepas subuh barulah terasa mengantuk. Saya melelapkan mata jam 7 pagi. Jam 8.15 pagi saya bangun dan mandi, bersiap-siap ke satu lagi program yang dijadualkan. Program tersebut dijangka tamat jam 5 petang.

Jam 1 tengahari saya terpaksa mengundur diri kerana ada satu lagi program yang dijemput untuk menghadirinya yang dijadualkan jam 2.15 petang. Saya sempat menyelitkan makan tengahari bersama sahabat pada jam 1.30 petang kerana ada perkara yang ingin disembangkan.

Selepas makan tengahari saya terus bergegas ke tempat program. Jam 6.30 petang barulah saya berpeluang pulang ke rumah. Sampai je kat rumah, saya ada diskusi bersama rakan-rakan untuk menyiapkan tugasan kuliah. Jam 9 malam, saya hidupkan kembali kereta, kerana ada 1 lagi program. Jam 12 tengahmalam barulah program tersebut selesai...

Letihnya Allah yang tahu... Terasa masa berlari cukup pantas...

Tika letih, terasa ingin merehatkan sebentar kaki dari melangkah....

tapi bila dikenangkan para pemimpin, yang masanya bukan hanya berlari, tetapi memecut laju, segera dibatalkan niat untuk berehat...

Wednesday, July 15, 2009

SEMINAR PEMIKIRAN DR.BURHANUDDIN AL-HILMI



Ahad, 2 Ogos 2009 :: 8.30pg-5.15ptg :: Dewan Auditorium Daeng Chelak, Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam Selangor

"Di atas robohan Kota Melaka, kita dirikan jiwa merdeka, bersatu padulah seluruh baka, membela hak keadilan pusaka" (Ucapan Almarhum Dr. Burhanuddin Al-Hilmi pada Disember 1946 dalam Kongress PKMM yang ke-2 di Melaka)

PENGENALAN
Membentuk jiwa merdeka adalah ungkapan yang sering diulang-ulangkan oleh Al-Marhum Dr. Burhanuddin Al-Hilmi setiap kali beliau berucap. Sebagai pejuang Islam, Almarhum sentiasa menumpukan perhatian kepada perjuangan menegakkan jiwa merdeka sesuai ajaran Islam yang mahukan penganutnya tidak berjiwa hamba. Adapun konsep jiwa merdeka seperti diajukan oleh Almarhum tidak bermakna insan itu lepas bebas hingga perilakunya tidak perlu merujuk kepada ketentuan dan kuasa Allah s.w.t. Justeru itu, Pusat Kecemerlangan Ummah mengambil inisiatif mengadakan seminar ini untuk membahaskan persoalan “Jiwa Merdeka” dalam bicara ilmu bagi mengisi makna sebenar menghadapi cabaran era globalisasi kini.

TARIKH: Ahad - 2 Ogos 2009

MASA: 8.30pg-5.15ptg

TEMPAT: Dewan Auditorium Daeng Chelak, Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam Selangor

SASARAN PENYERTAAN TERBUKA KEPADA: 300 jemputan terdiri daripada cendiakawan, ahli politik, badan bukan kerajaan, agensi-agensi kerajaan, wakil-wakil institusi pendidikan tinggi awam dan swasta, ahli-ahli akademik, mahasiswa, pelajar, lain-lain pertubuhan dan orang awam yang berminat.

TEMA: "Membentuk Jiwa Merdeka”

PERASMI: YAB Tuan Guru Dato’ Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan)

SLOT WACANA POLITIK OLEH:
Dr. Muhamed Anwar Omar Din (Pensyarah Fakulti Sains dan Kemanusiaan, UKM)
YB Datuk Paduka Husam Musa (Exco Kerajaan Negeri Kelantan)
YB Dato’ Kamaruddin Jaafar (Ahli Parlimen Tumpat)

SLOT FORUM OLEH:
Ybhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Khoo Kay Kim (Tokoh Sejarah)
YB Dr. Dzulkefly Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Selangor)
Tn.Hj. Said Zahari (Bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu)
Moderator:
YB Khalid Abd Samad (Ahli Parlimen Shah Alam)

PENUTUP: YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Ahli Parlimen Permatang Pauh)

ANJURAN: Pusat Kecemerlangan Ummah (Ummah Centre)

YURAN PENYERTAAN: RM25 sahaja/individu (Bayaran adalah termasuk kit seminar, minum pagi, makan tengahari, minum petang serta kos pengurusan.)

PENDAFTARAN & MAKLUMAT LANJUT
Sila hubungi: Azlin: 013-303 7867Nurani: 013-611 4832Tel: 03-5510 4611
Fax: 03-5511 1032
Email: ummahcentre@ yahoo.com

Tuesday, July 14, 2009

Sekolah Pemikir Muda (SPM). 2

Tulisan ini di ambil dari sini. http://razalizaidin.blogspot.com/2009/07/hari-pertama-di-school-of-young-thinker.html

Hari pertama di School of Young Thinker atau Sekolah Pemikiran Muda (SPM) sangat mengujakan. Perbahasan ilmunya hidup. Langsung keinginan untuk tidur tiada di sekolah ini. Sangat mencabar. Biarpun sekolah ini baru sahaja bermula tapi elemen yang ingin diketengahkan amat menarik. Mencabar nilai intelektual kita yang menyertainya. Berasa betapa tingginya nilai ilmu disisi manusia. Tak kisah la jika saya menjadi murid dalam sekolah seperti ini.

Pernah dengar Institut Kajian Dasar.(klik) Jalan Telawi?(klik). Yea. IKD yang melahir banyak tokoh negara. Khalid Jaafar yang kini menjadi orang paling kanan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Dato' kamaruddin Jaffar yang merupakan Mantan Pengerusi IKD dan Mantan Setiausaha Agung PAS Pusat. Untuk sesi pertama di sesi sekolah hari ini, kami telah berkesempatan untuk berkenalan dengan saudara Fathi Aris Omar (klik blog). Ramai yang menyatakan beliau merupakan aktivis Islam Liberal.

Antara ringkasan lontaran idea Saudara Fathi Aris Omar :

1. Permulaan ucapannya, beliau mengatakan kelemahan gerakan Islam adalah hanya mengambil kebanyakkan anak kadernya yang kelas bawahan. Tiada karisma. Bermasalah. Mahasiswa atau mad'u yang hebat dan talented lebih gemar ke Starbuck dan clubbing. Inilah kelemahan jemaah islam kini.

2. Permasalahan bagi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ialah untuk tidak mendidik dan menrekrutkan generasi anak muda sepertimana orang lama. Lihatlah berapa banyak anak muda yang boleh mengantikan tempat Tuan Guru dll yang ada sekarang.

3. Kelemahan ketara yang membelenggu aktivis islam apabila tidak mengetahui realiti semasa juga gagal menganalisis isu dan media dengan baik.

4. Kelebihan berada di Indonesia ialah kita akan mempelajari multidisiplin ilmu merentasi bidang ilmu berbanding dengan Malaysia dengan nilai monopndidikan sejak sekolah lagi (hanya boleh pelajari subjek tertu dan dihadkan sahaja).

5. Aktivis Islam perlu menguasai dan mampu menganalisis pemikiran Marxis, Kapitalisme, Sosialisme dll yang secara halus menusuk dan menyusup dalam masyarakat kini. Ideologi ini sentiasa mengalir. Jika bidang politik tiada tempat, aliran pemikiran ini akam menyerap masuk dalam bidang akademik, seni budaya dll.

Inilah antara ringkasan yang dapat ditaipkan dalam blog ini. Banyak lagi nota-nota ilmu yang boleh dikongsi bersama. Bak kat Saudara Fathi, berada dalam susana sekarang menyebabkan otak saya melompat-lompat. Kerana banyak yang perlu dituturkan dan disebut. Wahh.. sampai tahap itu otak beliau berputar.

Berada dalam sekolah yang mencabar minda ini, menyebabkan saya bermuhasabah sendirian nilaian ilmu yang ada di dada. Terasa ilmu ini sedikit sahaja. Terasa bodoh bila banyak yang kita baca dan ketahui. Bagi generasi anak muda, saya mengakui dan menyakini bahawa persediaan untuk berhadap dengan Islam Liberal, Sister in Islam (SIS), Orientalis dll memerlukan penguasaan ilmu yang banyak. Persedian sebelum Islam memerintah Malaysia. Terima kasih kepada pendokong School of Young Thinker. Semoga usaha anda menjadi perintis dalam pembinaan generasi anak baru yang akan merealisasikan impian kita selama ini.

Sekolah Pemikir Muda (SPM)


Tulisan ini asalnya disini. http://miorisfandy.com/?p=557#more-557

Saya dan beberapa sahabat lain yang terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan sedang menggerakkan sebuah institusi latihan pemikiran politik terhadap golongan siswazah dan mahasiswa. Ia bukan pemurnian pemikiran sebaliknya ia adalah medan percambahan idea dan pengupayaan ilmu mengenai polisi kenegaraan.

Alhamdulillah, sesi pengambilan untuk batch pertama telah dijalankan dan masih terbuka sehingga akhir bulan Julai ini. Namun, ia hanya terhad kepada 20 orang sahaja untuk satu batch. Sehingga modul pertama yang dijalankan, peserta terdiri daripada mahasiswa PhD Dakwah dan Pengurusan, mahasiswa Sarjana Ekonomi, mahasiswa Sarjana Sains Pentadbiran Kajian Polisi, Sains Politik, Kejuruteraan, Perniagaan malah ada yang sedang bergerak aktif dalam gerakan sivil.

Adalah menjadi harapan kepada penggerak utama SPM ini untuk melahirkan pemikir-pemikir muda yang mampu memberikan sumbangan kepada Islam dan negara dalam aspek pembentukan polisi dan memperbetulkan sudut pandang manusia terhadap sesebuah pemerintahan yang baik.

Saya ingin menyentuh sedikit mengenai beberapa modul yang ditawarkan iaitu perbincangan mengenai ideologi dan pemikiran politik kontemporari, perlembagaan negara, ekonomi Malaysia, sistem budaya, persekitaran dan tamadun. Kami juga menjadikan budaya membedah buku sebagai aktiviti lazim yang mesti diadakan sepanjang tempoh kurikulum tersebut. Disamping itu, kami juga turut menjemput beberapa orang tokoh pemikir untuk berkongsi dan bermuzakarah mengenai perkembangan sosio-politik dan masa depan umat Islam di Malaysia.

Monday, July 13, 2009

Kembara ke Pulau Aceh

Beberapa hari yang lalu, saya mengikuti kembara sekumpulan sahabat ke Pulau Aceh. Konvoi beberapa kenderaan melibatkan perjalanan di 4 negeri selama lebih kurang 5 jam akhirnya membawa saya ke Jeti Kg Penyabong pada jam 1 pagi . Pak Mat telah bersedia menunggu untuk membawa kami ke destinasi. Ini merupakan pengalaman pertama bagi saya menaiki bot nelayan pada jam 1 pagi meredah lautan, dengan angin yang agak kuat serta percikan air yang tinggi, membuatkan hati saya berdebar.

Pulau Aceh merupakan pulau yang tidak berpenghuni. Satu-satunya binaan yang terdapat di Pulau Aceh ialah sebuah telaga. Tiada resort, tiada pondok, tiada dewan, tiada tandas. Boleh anda gambarkan?

Beberapa hari di Pulau Aceh memberikan saya menu-menu yang menarik. Antara yang sempat saya ingat, Sarapan pagi- Mee segera dan Kopi O 'sing -sing'. Tengahari - Roti dan air kosong. Malamnya kembali mee segera. Pagi esoknya juga mee segera. Bezanya dengan Radix Kopi O.

Ayat yang terakam kemas di minda saya sepanjang kembara ini ialah:

'Tarbiyah bukan sekadar di bentang di bilik seminar yang berhawa dingin tetapi tarbiyah mesti dirasai dan dijiwai dengan sepenuh tenaga..'

Thursday, July 9, 2009

Semalam saya ke Sarawak



Semalam, saya ke Sarawak, cuma menerusi telefon bimbit saya.

Saya dail 0138........ Tak lama kemudian kedengaran suara sahabat mengucapkan salam.

Bertanya khabar juga bercerita perkembangan diri dan sahabat-sahabat juga perjalanan hidup sahabat-sahabat...

Dalam banyak-banyak perkara yang disembang, saya terkesan dengan yang ini.

Muslimin semakin kurang...... Kurang kuantiti dan juga kualiti...

Siapa yang perlu bertanggungjawab?

Kamu?
Kamu?
Kamu?

Saya!
Saya!
Saya!

Saya yang perlu bertanggungjawab!!!

Saya!!!

Pemikir Islam


Malam ini tanpa kopi dan roti.

Terlintas dalam fikiran saya mengenai pemikir organisasi Islam.

Realiti dunia kampus hari ini memerlukan pemikir Islam meletakkan tindakan dan gerak kerja organisasi Islam pada masa dan kedudukan yang wajar dan tepat demi kepentingan ummah agar tidak merugikan perjuangan.

Jika kita tanya pada diri kita, pimpinan khususnya, adakah kita punyai satu perancangan jangka panjang yang rapi untuk kepentingan organisasi? Atau kita biarkan ia bergerak secara sendirinya tanpa adanya perancangan yang rapi? Jika ada yang berpandangan kedua, saya sarankan kembalilah memahami buku "ABC Gerakan Islam" tulisan Dr Fathi Yakan, pada bab yang terawal.

Kita maklum mengenai matlamat kita. Tetapi bagaimana pula dengan perancangan untuk mencapai matlamat tersebut? Adakah kita jelas dengan setiap langkahan kita? Adakah langkahan kita itu langkahan yang berstrategi dan berperancangan atau biarkan sahaja kaki melangkah? Jika kita sudah ada perancangan dan strategi, adakah strategi itu sesuai dan praktikal untuk dilaksanakan? Adakah perancangan itu dibuat dengan mengambil kira semua elemen-elemen yang berkaitan?

Pemikir bertanggungjawab untuk membuat kajian dan penyelidikan yang boleh memberi manfaat kepada organisasi. Pemikir perlu manfaatkan segala data yang ada, kemudian data di analisis untuk menjadi informasi dan maklumat yang berguna dan bermanfaat. Pemikir perlu merangka satu kaedah dan tindakan daripada maklumat-maklumat tersebut. Pemikir Islam tidak dapat tidak untuk mendekatkan diri kepada Allah, lalu ilmu tersebut merupakan 'hikmah'.

Saya berikan contoh. Kita punyai data demographic masyarakat kampus. Data tersebut di analisis dan di dapati 90% masyarakat kampus adalah Islam. Hasil daripada maklumat tersebut, satu perancangan dan kaedah dakwah umum perlu diperkasa dan diperhebatkan. Perancangan dan kaedah itu akan mendapat panduan sekiranya mendekatkan diri kepada Allah SWT. Insya Allah.

Mahukah saudara jadi seorang pemikir Islam?

Friday, July 3, 2009

Sepi yang Berbicara

Malam yang sepi
unggas hanya membisu
bulan pula memandang sayu
biarkan dua hati berbicara
tanpa suara
hanya sepi
mengungkapkan kasih

kata dia:
"tidak semua perlu dilafazkan pada kata-kata.."

Awan, fahamkah?
Langit, fahamkah?
Rumput, mengertikah?

Bicara sepi dua hati...

hanya sepi yang mengerti...

Thursday, July 2, 2009

Pagi Yang Basah

Pagi ni hujan renyai-renyai. Saya masih belum bersarapan, cuma habiskan kopi yang berbaki. Rintik-rintik hujan membasahi bumi membuatkan kenangan-kenangan silih berganti datang menerpa.

Saya teringatkan sahabat-sahabat. Rasa rindu yang teramat. Kenangan-kenangan masa dulu cukup berbekas di jiwa. Susah dan senang hadapi bersama. Suka duka lalui bersama. Gelak tangis juga bersama. Keakraban masa dulu masih terasa indah hingga kini. Masakan bisa dilupakan semua itu.

Pagi ini pagi yang basah. Saya telaah tulisan Dr Fathi Yakan, "Golongan yang tercicir di sepanjang jalan dakwah" terbitan Dewan Pustaka Fajar.

Buku ini dibahagikan kepada dua fasal. Fasal pertama: gejala keciciran di zaman Rasulullah. Fasal kedua: Sebab-sebab keciciran. Dalam fasal kedua, Dr Fathi senaraikan 3 sebab keciciran. Lama saya telaah buku ini. Air mata merembes seiring titis-titis hujan pagi.

Di mana saya sekarang? Tercicirkan?
Di mana sahabat-sahabat sekarang? Juga tercicirkah?

Masih ingatkan janji yang kita patrikan bersama dulu?
Atau masa telah hilangkan segalanya?

Kopi O & Roti

Malam ini saya ditemani secawan kopi o dan beberapa keping roti.

Saya sedang berfikir mengenai kepimpinan mahasiswa di kampus.

Kepimpinan Mahasiswa yang mendapat tarbiyah Islam.

Saya melihat ada sebilangan kepimpinan mahasiswa ini masih tidak mampu menawarkan kepada masyarakat kampus satu kepimpinan yang dinamik dan berintelektual. Saya melihat mereka ini berada dalam dunia yang tersendiri yang mereka fikir kepimpinan mereka hanyalah untuk golongan yang sama seperti mereka. Lantas, gagasan-gagasan pemikiran dan idea mereka hanya berlegar dalam kerangka yang sama. Pemikiran dan idea yang syok sendiri. Mereka masih lagi tidak mampu menawarkan kepimpinan yang berkualiti kepada seluruh masyarakat kampus. Kepimpinan mereka hanya diterima oleh mahasiswa yang sefikrah sahaja tetapi masyarakat kampus seolah-olah tidak mengiktiraf kepimpinan mereka. Mungkin masyarakat kampus melabelkan mereka sebagai 'kepimpinan kelas bawah'.

Kopi sudah tinggal separuh. Roti masih bersisa 2 keping.

Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)