Thursday, May 14, 2009

Cerita dari Angin: Sebuah Mitos. Siri 1


Malam itu malam Sabtu. Siang tadinya Mat bersolat Jumaat. Selepas solat Jumaat Mat pecut keretanya entah kemana. Ada hal penting. Baliknya petang. Baliknya sambil bercerita gembira.

"Alhamdulillah. rancangan aku berjaya".bagitau Mat sambil senyum kepada PG.

Lepas solat Maghrib Mat berkira-kira hendak ke kedai Mek Siam. Perutnya terasa lapar dari petang tadi lagi. Dia sarung seluar slack dan pakai baju merah lusuh yang selalu dipakainya. Kunci kereta di pusing-pusingkan di jarinya. Sebaik sahaja kaki melangkah keluar dari rumah, telefon bimbitnya berdering. Nombor yang tak dikenali tertera di skrin. 019 3210000.

"Hello, Mat," satu suara garau tidak dikenali kedengaran dari telefon bimbit.

"Siapa yang bercakap". Mat cuba mencari kepastian.

"Kamu Mat kan?" suara itu kedengaran mendesak.

"Siapa ni?" Mat tidak mengiyakan.

"Saya Dato Dr Penguasa Kampus," tegas suara garau itu.

Mat terkejut. Sungguh tak disangka Dato Dr Penguasa Kampus menelefonnya. Dari mana Dato Dr PK dapat nombor telefon bimbitnya. Hatinya berdebar-debar. Tetapi dengan cepat Mat cuba mengawal diri. Dia berlagak tenang. Padahal peluh mulai menitis dari dahinya. Hatinya cepat meneka, tentunya ada kaitan dengan peristiwa lepas Jumaat tadi.

"Iya Dato, ada apa yang boleh saya tolong?" Mat cuba berbahasa.

"Kamu nak mengaku atau tidak apa yang kamu dah lakukan? Atau saya lapor pada Polis" Dato Dr PK kedengaran mengugut.

bersambung...

Wednesday, May 13, 2009

Pesanan untuk sahabat-sahabat Bumi Kenyalang

Baru tadi seorang sahabat dari Perak sms saya bertanyakan satu program yang sudah lama diuar-uarkan tetapi sampai kini belum menjadi realiti.

Saya kira ini cukup untuk menjawab persoalan tersebut.

Sahabat-sahabat Bumi Kenyalang yang berbaiah bersama dahulu. Saya ingin ingatkan sahabat-sahabat bahawa baiah kita bukan untuk dibingkaikan dan digantung di dinding buat perhiasan, atau digumpal dan dibakul sampahkan.

Walaupun kini dengan kesibukan masing-masing.
Ada yang sedang menyiapkan Ijazah.
Ada yang sudah bekerja.

Perak.
Pahang.
Selangor.
Melaka.
Kuala Lumpur.
Sarawak.

Namun semua itu bukan alasan untuk berdiam diri. Setiap individu perlu mangambil inisiatif untuk memastikan program tersebut direalitikan. Jangan kita mengharap dan menunggu individu lain untuk menggerakkannya. Itu semua tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita.

Harapnya sahabat-sahabat punyai perasaan yang sama seperti saya.

Menulis bukan kerana suka-suka

Menulis bukan kerana suka-suka.
Menulis kerana amanah dan dan tanggungjawab,
yang akan diperkirakan di akhirat kelak,
sama ada pahala atau dosa,
syurga atau neraka.

Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)